Dua Cedera Lori Ais Kemalangan di Jalan Pan Borneo Miri

Dua Cedera Lori Ais Terbalik di Jalan Pan Borneo Miri Sarawak

tentang kami

Pihak bomba memeriksa keadaan lori kemalangan dan mangsa yang mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

MIRI: Dua lelaki cedera ringan setelah lori yang membawa muatan ais dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Pan Borneo, di sini awal pagi pada Khamis 1 Ogos 2024.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan terbabit kira-kira jam 6.19 pagi.

Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng diketuai Pegawai Bomba Kanan II Talip Tembaga bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berkenaan.

Setelah tiba di lokasi, didapati kemalangan kendiri melibatkan sebuah lori membawa muatan ais dan dua orang mangsa lelaki berjaya keluar sendiri dan hanya mengalami cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan media.

PGO memberitahu, mangsa masing-masing berusia 25 dan 31 tahun itu kemudiannya diberi rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Related Post